Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia masih sudi meminjamkan nikmat Islam & Iman.. nikmat kesihatan & kasih sayang.. Mudah2an kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur.. InsyaAllah..
Alhamdulillah.. Menyedari pada pentingnya penulisan dalam dunia dakwah dan penyebaran ilmu ini membuat saya berazam untuk menulis blog semula... InsyaAllah, melalui laman ini mudah2an dapat mengikat, menyubur dan menghidupkan hati saya pada perjuangan Islam.. dan juga saya berhajat untuk berkongsikan sedikit-sebanyak pengetahuan yang saya ada mengenai ilmu-ilmu berkaitan dengan dunia makanan dan bioteknologi.. InsyaAllah. doakan saya dipermudahkan untuk menguasai bidang yang saya ceburi ini..
Saya bukan penulis yang baik.. tapi InsyaAllah,saya akan cuba belajar untuk menulis secara matang dan cuba untuk memperbaiki skill penulisan saya hari demi hari..
Mohon doa dan tunjuk ajar dari kalian ya.. Barakallahufikum!
Huda Sakinah
No comments:
Post a Comment