Salam Ramadhan..
Hari ni saya nak berkongsi topik tentang berus. Saya pernah mendapat pengalaman menyertai Geng CSA (Civil Safety Awareness) dalam 3 siri permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Kimia Malaysia, Johor. Dalam kuiz ini, saya telah ditugaskan untuk menyediakan 4 kit-permainan untuk 3 stesen iaitu Stesen Mikrobiologi & Zoologi, Stesen Warna, dan juga Stesen Halal Haram. So, pada hari ini, saya berminat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada anda mengenai berus haram vs berus halal.
Dalam siri permainan, soalan pertama yang saya lontarkan adalah,
"Apakah kegunaan BERUS dalam kegunaan harian kita?"
Dan adik2 ni laju je menjawab:
"Cat rumah, buat apam balik, buat kuih, berus gigi, blusher, dan lain2"
Lalu saya tanyakan lagi, "kalau adik pandai, berus ni biasanya dibuat dari apa?
jawab:
jawab:
"bulu kuda, bulu kambing, bulu ba**.. eh, bulu khinzir"
BINGGO!
Ini lah yang saya cuba untuk jadikan isu sekarang ni..
Sebenarnya isu berus daripada bulu khinzir ini sudah lama menjadi isu dalam masyarakat kita.Cuma yang jadi masalahnya adalah kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat dunia tentang keseriusan isu ini.
Cuba anda bayangkan, apam balik yang anda beli di lorong kaki lima menggunakan berus daripada bulu khinzir dan anda memakannya penuh dengan selera! Dan bagaimana pula sekiranya anda mengecat rumah, atau surau, atau masjid menggunakan berus daripada haiwan ini? Dan bagaimana pula pengilang kitab2 agama, AlQuran yang menyapu gam pelekat tapi menggunakan berus yang diperbuat daripada bulu khinzir?
Ya, saya tahu, hukum itu terangkat seandainya kita tak tahu. Jahil. Tapi RUGI kan seandainya Ilmu tu sudah ada, tinggal nak apply tapi anda masih lagi tak mahu sedar-sedar dan tak mahu ambil tahu.

Untuk pengetahuan, saya pun sebenarnya bukanlah pakar sangat. Cuma saya telah diberi peluang oleh Allah untuk mempelajari selok-belok bagi mengenalpasti bulu dan juga kulit daripada haiwan istimewa ini. Itupun setelah Allah takdirkan saya
untuk berpraktikal di Jabatan Kimia. Kalau tidak, alamatnya sampai
bila-bila saya tak tahu tentang ini. Alhamdulillah, syukur sangat sebab Allah bagi saya peluang untuk kuasai bidang ni.
Bagaimana mahu mengenali bulu khinzir?
Baiklah, berbalik kepada subtopik kita 'BAGAIMANA MAHU KENALPASTI BULU KHINZIR?'
Saya cuba untuk jadikan artikel ini mudah untuk di fahami dan diamalkan ye.
Ada 2 kaedah mudah yang boleh anda lakukansebagai awam untuk mengenalpasti bulu tersebut:
1: Cabang Tiga pada hujung bulu.
Pernah tengok tak rambut bercabang? Untuk pengetahuan sahabat2 sekalian, maha suci ALLAH, hanya khinzir sahaja yang memiliki 'rambut bercabang tiga' yang semulajadi. Sebagai contoh, saya lampirkan gambar bulu khinzir sebagai panduan pembaca sekalian.(sumber: sini)
Ciri-ciri bulu khinzir:
1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Antara beberapa maklumat penting tentang penggunaan bulu khinzir ini adalah :
Penggunaan bulu khinzir atau khinzir hutan (dipanggil “Bristle”) kerana bentuk mereka yang keras dan kasar.
Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya yang bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.
Dan perbezaan antara berus bulu kambing atau biri-biri yang banyak digunakan untuk kaligrafi adalah bahagian hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Harus diingat, bercabang tiga disini BUKANLAH bermaksud HARUS SEMUANYA MEMPUNYAI CABANG ye!
Baiklah, analisa yang kedua yang boleh dilakukan ialah ujian pembakaran.
2: Ujian Pembakaran
Ujian ini bagi mengenalpasti samada bulu tersebut adalah bulu daripada haiwan atau bukan. Ini kerana, sesuatu yang hidup dan organik biasanya akan menghasilkan bau rambut terbakar apabila dibakar dengan api. Manakala, bahan yang bukan organik ataupun diperbuat daripada polimer akan menghasilkan bau plastik apabila dibakar. Anda boleh cuba dirumah sendiri. Tapi hati-hati ye menggunakan api. Seandainya anda sukar untuk membezakan bau rambut terbakar dan juga plastik terbakar, sebagai inisiatif, anda boleh cuba untuk mencabut sehelai rambut anda dan cuba bakar dan bau ia. (Bagi saya ia adalah inisiatif yang lebih selamat berbanding anda cuba untuk membakar plastik kerana ia akan menghasilkan gas yang tidak bagus untuk tubuh kita).
Sebenarnya ada banyak lagi kaedah yang perlu dilakukan sebagai penganalisis. Seperti kaedah larutan dan juga kaedah mikroskopik. Tetapi cukuplah sampai di sini ya perkongsian saya..
Berus HALAL
Berkenaan dengan Berus bercop Halal seperti gambar dibawah, sebenarnya saya sungguh teruja apabila menjumpai berus ini di sebuah kedai pengedar cat diperumahan saya. Ini semuanya gara-gara keterujaan saya dan mak untuk mengecat rumah sempena Hari Raya ini. Oleh kerana saya mempunyai sedikit ilmu dan pengalaman dalam membezakan bulu-bulu berus ini, justeru saya nekad untuk menemani mak untuk membeli berus dan cat. Cat sudah dibeli, berus sudah diuji dan seterusnya proses mengecat rumah.. Alhamdulillah, seronok dan penat tak terkata. So, tema raya kami tahun ini adalah hijau+kuning. Hehe.
Pesanan ringkas, Alternatif sudah ada. Cuma pilihan di tangan anda! Kalau tak jumpa berus yang bercop halal, bolehlah manfaatkan ilmu yang telah dikongsikan ye. Selamat beramal!
Ramadhan tinggal 3 hari setangah sahaja..Sayu rasa hati.. Moga kita istiqomah dengan amalan2 seperti tadarus, qiamullail, solat sunat, dan rajin juga untuk puasa2 sunat selepas melalui madrasah Ramadhan ni. InsyaAllah.
Ok, dikesempatan ini saya ingin mohon maaf ye atas keterlanjuran saya, tak kira lah dari sudut percakapan, perbuatan, atau sebagainya. Mohon dihalalkan ye. InsyaAllah next time saya kongsi tentang ilmu lain pula ye.
Assalamualaikum.
HUDA SAKINAH
salam. saya ada beli berus cat dan apabila dibakar ia seakan-akan bau rambut terbakar. namun ia tidak bercabang. mungkinkah ia bulu haiwan selain babi? mohon penjelasan. tq
ReplyDeletewslm.. maafkan saya sebab membiarkan persoalan saudara begitu sahaja..
ReplyDeletesaya tak boleh nak cakap sebab saya tak tengok lagi berus tu.. tapi sekadar berkongsi apa yang saya tahu,
kebanyakan berus daripada bulu khinzir yang saya perhatikan mempunyai tekstur kasar dan tebal, bercabang, warna pula samada hitam atau putih, atau bercampur..
kalau misalnya berus tersebut menghasilkan bau rambut, tapi tak terdapat hujung yang bercabang, boleh jadi dari bulu kuda, atau kambing atau lain-lainnya... dan BOLEH JADI juga dari bulu khinzir yang sudah di 'trim'kan hujungnya.. wallahua'lam..
diulang, saya hanya bagi guide untuk langkah pengenalpastian peringkat awal, kalau benar2 nak pastikan kesahihannya, ia boleh dilakukan menerusi mikroskop khas dan juga ujian DNA..